Saturday, June 16, 2007

Cari Duit


Cari duit merupakan satu usaha ataupun iktiar manusia mencari rezeki. Pelbagai cara boleh digunakan oleh kita dalam usaha mencari duit. Satu kaedah biasa cari duit adalah dengan bekerja secara menggunakan tulang 4 kerat. Cari duit adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia. Tanpa aktiviti cari duit ini maka kebulurlah kita.

Jika kita tidak cari duit, maka kita akan digelar pemalas kita akan tiada harga diri. Sebagai insan yang ingin hidup bahagi, kita perlu cari duit secara halal. Kegiatan cari duit boleh dilakukan dengan dua cara sahaja iaitu sama ada mahu cari duit secara halal atau pun cari duit secara haram.

Cari duit secara haram ini pun ada beberapa cara iaitu cari duit haram secara sah atau secara yang dibenarkan oleh undang - undang dan satu lagi kaedah cari duit haram secara haram dan tidak sah disisi undang - undang.

Contoh cari duit haram secara sah adalah dengan berjudi dibeberapa tempat yang dibenarkan ataupun membeli pelbagai nombor dengan harapan dapat mencari duit lebih kononnya !. Ini semua pembohong besar segalanya !. Tak de sape yang kaya raya dengan cari duit cara ini pun yang jelas kaya raya cari duit cari ini adalah tauge - tauge judi lah. Insaflah kita semua.

Cari duit haram secara sah adalah dengan makan riba. Buat kerja riba ni memang ade banyak. Kita boleh pikir sendiri. Kegiatan along tu sah, yang tak sah cara depa kutip hutang. Ini cara cari duit haram yang sah.

Tapi hari ini banyak yang cari duit haram secara sah dan dilaksanakan secara halus yang ada kita sengaja dan juga tidak sengaja!. Ini paling merbahaya. Cari duit cara ini termasuklah kerja makan gaji yang dibuat secara tak betui.

Jika kita tidur waktu time kerja, ade gaji kena potong ?. Boss suruh kerja, kita tidur waktu kerja !. Kalau waktu rehat lain cerita . Waktu kerja dok sembang cerita, mengumpat, tengok ,internet, lebih teruk, waktu kerja ponteng !. Cari duit apa nama ni ?. Fikir - fikir dan sama - sama kita semua berubah.

Cari duit haram secara haram ini memang banyak caralah termasuk cari duit dengan menipu melalui tipu muslihat. Kes kes pelaburan internet, skim cepat kayap, hutang kawan cabut lari, mencuri dan lain -lain. Berhati - hatilah kita jangan terkena.

Kaedah terkini cari duit ini adalah kononnya cari duit melalui internet. Maka ramailah yang berduyun - duyun mencari duit melalui internet ini. Tapi di negara ini saya rasa yang kaya raya dengan cari duit internet ni sikit sahaja. Dan kaedah paling banyak adelah jual buku, jual ceramah, buat design web site, inilah sebenarnya yang mencari duit melalui internet ini.

Kalau nak jual atau dapat duit melalui blog ataupun jual barang melalui internet dinegara kita ni sikit sangat yang banyak ada adalah cari duit internet melalui pembohongan besar !. Kalu depah dah jutawan kenapa dok sibok buat cari duit dengan buat kursus, jual ebuku dan yang paling teruk buka skim macam - macam ade.

Jual ebuku yang rata- rata boleh dapat percuma dalam internet !.Tapi masaalah orang kita banyak yang malas nak membaca, kurang kuasai bahasa inggeris dan nak kaya cepat. !. Sikap ini telah diexploitasikan oleh pakar -pakar cari duit ini untuk bantu mereka cari duit dan yang pasti anda terpaksa cari duit lagi untuk beli barang atau ikut kursus yang tiada jaminan pong dapat pitih. Dan kita pong cari duit lagi dan cari duit, ikut pelbagi kursus cari duit.

No comments:

NOT FIND WHAT YOU LOOKING FOR ?. TRY SEARCH

Google